Wednesday, December 31

Maal Hijrah 1430

Maal Hijrah, sudah brapa kali di sambut, tapi belum juga Hijrah di buat
Raya Korban, sudah brapa kali di sambut, tapi belum ada juga pengorbanan
Raya Fitri, sudah brapa kali di sambut, tapi belum juga balik pada Fitrah Allah
kesal nda da henti
kami sedar kami masih di takat yang sama

Itu lah takdir namanya MANUSIA, dengan tabiat MANUSIAWI, yang selalu pentingkan diri. selamatkan lah diri ku dari trend sekarang yang ramai "orang" amalkan...namanya TREND SONGSANG di mana semakin lama gaya semakin berundur. Masya-Allah. di duga Allah, sudah jadi begini. MANUSIAWI + DUNIAWI = trend songsang. nasib baik yang namanya kawan tu semuanya selamat. siapa masuk kategori kawan tu, is another different topic.

kesian dgr crita Lybby (a hush2 story). but betul bah cakap dia, yang penting Tuhan tau hatinya n hati saya... yang kami dua org steady ja, di langgar badai ibarat zaman Nabi Nuh pun rasanya kami akan survive berpelukan when ppl found us. it's great to have old friends around. they always have ur back (the type that doesn't make u wait 20 minutes outside kan Ren). me n lybby...it's been more than 16 years being her friend.

apa?
samar-samar saya dgr org cakap di blakang tu
apa?
6 bln?
5 bln?
4 bln?
1 bln?
tanding la tanding
ikhlas di ukur panjang kayu 16tahun
lidah pun bisa putus tergigit salah bicara
tapi nasib masih ada

as easy as ppl erase something,
as easy as that i need that strenght
because money never amuse me
because i'm not counting the time i gave
it's just a matter of being a good person
how do u sleep at night?

Saturday, December 20

BIRU

hari ini dlm sejarah. sejak aku jadi vampire gigit2 org (BAC, nina, ruddy, TB) baru hari ini aku pernah kena gigit!!!!

HARYANIE HARUN
merupakan pemenangnya

penjahat, penjahat, penjahat, penjahat.
NINA YG AJAR

Wednesday, December 17

Lemas

Hari ini pergerakkan semuanya lemas. called c bestie, ASTAGAH bulih2 i forgot dia sudah fly. hmmm...soon i also fly pegi malacca. lyk ren, saya (sejak ada org cakap "aku" tu perkataan kasar skit, i use "saya" la k...i'll try) pun bgegas juga finish my work before my so-called-holiday. i need cash! so i have to finish one baju before i leave so nda la juga kempunan kan di bumi malacca.

sungguh lemas tiada routine bcalling2 sama budak RHB tu. lagi lemas bila saya punya kaka Nina ne lemas2 after what she went through. i told her, hak dia untuk lemas n untuk bersedih (asal jgn lama) sebab dengan adanya sedih, kita akan lebih sedar dgn hebatnya pemberian Allah bernama b-a-h-a-g-i-a itu. next tym happiness dtg, sila lah make the best out of it. i learnd that kita nda boleh berharap berlebihan pada benda yang kita tau akan menyakitkan kita di blakang hari sebab kita terlalu cling to it.

si yanee mimpi menunggang kuda bersama para Nabi. Masya-Allah. sungguh indah mimpinya tu. sungguh hati ini cemburu dia di beri mimpi sebegitu Masya-Allah.

Tini pula sudah habis DIPLOMA. congrats my dear sis, my dear org kanan, teratas di hati saya (shhhh jgn gitau org lain). BAC semua sudah sah keluaran politeknik. satu2 ada kena cop POLY di dahi hehehe

Bestie tanya, saya ok ka? hanya seorang bestie akan tau letak nya hati bestienya kan. saya bingung atas apa yang akan berlaku. harap2 saya boleh tempuhi. hari esok....hmmm...one day at a time la kan?

ntah lah. ari ne saya lemas betul. saya punya buchuk buchuk ilang. saya rasa mummy tervakum tadi siang. nina bilang kena makan rabbitttttttttttttttttttt. jahat :(

jumpa key ari ne, sama nani, didi, wawa. the old always brings happiness to my heart...

Syukran Ya-Khaliq, kerana mencipta kan kawan2 yang baik untuk mendamping hidup ku ini.

p/s: hari ne blog saya mcm diary. AMIE...PSP SAYA!!!! saya rindu sama c red psp :(

Tuesday, December 9

f.r.e.e.d.o.m


i'm at the end, where everything seems ok.
at last, i found my closure.
i found the way out i've been screaming a silent scream for so long.
i'm here...
i've arrived...
and i'm doing good...
why didn't i strive for this harder when it feels this GOOD?
that said,
whatever i left behind would always be in a box on top of my closet
and whatever i left behind would always remain a good memory, a very fond one...
that have taught me a lot on being a better person...
and a better worshiper and server of my God...
alhamdulillah.
saya sudah sampai.

Saturday, December 6

today's buzzzzzzz

hari ini sungguh selesa sekali dgn panggilan Tomei yang sudah turun RM4. nda banyak beza la, tapi parah juga tu kalau ikut harga asal.

sungguh berasa di awangan bila mula sarung apa yang di minat. lagi berasa di awangan bila mula menunding ke sana ke mari untuk buat aksi. kring kring kring, dia berbunyi.

tapi yang nda seronok tu bila dia print bil, terus rasa macam mau jalan terus.

lagi nda seronok bila keluarkan duit dari dinding ajaib tu, dia bilang kad tidak aktif. yes. seronok skali. nasib ada satu kad lagi (nasib ada isi) yang memboleh kan saya balik with my LOVE ONE.

betul2 saya benci tomei. i hate tomei. benci benci benci. buat saya nda keruan.
tapi syukur la, akhir nya turun juga harga kan, senang la hati skit. kesian my customer yang try baju kemarin, hilang gelangnya...tapi dia pun nda sure di mana hilang. jokingly is say "nda pa kak, harga sudah turun, panggilannya la tu".

dengan seronok hati dia cakap di habib jewel harga lagi rendah....-RM5 dari harga pasaran.

terus i go like >>> WTF????

nda pa la.

bravo untuk Rena yang berjaya menahan RM50 untuk one week. well i should try that. tapi aku pula kerja 6 hari. hah? terpaksa buat calculation balik bah. i think i should give that a try. i think i should carry RM10 ja untuk satu hari. cuba try RM7.50, confirm balik nda sempat lagi salam parents terus diving di meja makan. lapar.

ASTAGA. Lame nya aku.

p/s: hari ne hari yang sungguh tidak produktif. all day long main game Dead Head Fred ja. sampai habis batt PSP ne. halalahhh

Thursday, December 4

my 23rd birthday

yep.

i delayed writting this. because aku kurang selesa with the fact that i grew yet a year older. but aku terima saja. 23 terasa berat tanggungjawabnya. 23 rasa byk masa sudah berlalu kosong. 23 rasa masih berkejaran untuk impian yang belum tentu. 23 rasa sepertinya.............'hebat' untuk satu saat paktoh yang baru.

this year i think is the best birthday ever! although menyambut sendirian, but i have lots of loving and caring friends yang stood by me and making me feel so special. yang paling awal to give me a present is Nina and wawingnya Hirfy. Then c babe...endu, sanggup dia antar kan cake Secret Recipe for me walaupun dia jauh. terharuuuuuu sgt me bah :( and nda lupa juga present from rena yang sudah 2-3 hari made me lalai terhadap kerja di kedai. asyik muka di tengah buku! my sis pun getting me one soon, sebab dia belum dpt cari the book that i told her i wanted so badly. from my parents? the biggest gift i can ever have, biayaan hidup selama 23 tahun.

i'm so thankful for friends yang call me, text me, left msgs on my facebook and friendster. i'm so happy that Lybby and Nani dari jauh2 pun spent nearly an hour on the phone with me while waiting for the clock to strike 12. they even sang happy birthday :'(

best birthday EVER

mudah2an next time Allah bantu me untuk ingat my friends punya birthday. i keep on forgetting their birthdays.

I LOVE MY BAC because they all remembered awwww love u all my sistazzzzzzz!
my birthday always sucks, dari dulu lagi..because my birthday tu jatuhnya time cuti sekolah..so i never had my 'school birthday party' and my friends pun never wished me (time kici2 la..)

23. twenty three. it's just numbers. happy me!

Wednesday, December 3

aku sakit gigi

pagi-pagi lagi aku bangun penuh keluh kesah. bukan dgn syukur, atau salawat ke atas Nabi Junjungan. tapi dengan penuh hiba....'GIGI AKU SAKITTTTTTT'.

sejak kemarin lagi rasanya mulai lain rasa (berbelit bahasa org sakit gigi ne tau). nina yang sakit gigi sempat lagi ku doa kan syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman (saja tunjunk starring sb baru di hafal dari buku). akhirnya aku harap org yang bacakan aku Syafakallah. bengkak nya gusi bukan main. sah aku terjangkit dari nina melalui sms hahahahaha (lawak xbrapa bijak).

sepanjang hari duduk lesu, tiada mood. gigit nasi pun kurang nikmatnya. tapi kenyang tetap kenyang! tgk di cermin, cek gigi. terus rasa lagi lagi tiada mood! Gigi depan ne parah betul sudah buruknya....sudah 7 bulan i keep on pushing myself to go to the dentist to fill it. but everytime mau pegi pun in my heart i'd say 'ah malas lah, karang di ceknya gigi ne, bukan satu tapi 4 yg mau di tambal! malas mau dgr doktor Arab tu berceramah'. bukan apa, nda juga boleh tambal 4 one go kan. aku pun bukan selalu boleh dpt cuti (kalau cuti pun mau pegi bfoya, bukan mo meradu sakit!). if buat 4 dalam satu hari, kering la aku bulan tu membayar tambal gigi. percuma-cuma lah dpt gigi yang usai n dpt mengunyah, tapi apa lagi mau di kunyah kalau dlm mulut saja harganya sudah 2-3ratus...

Planning 200entah (that's vocalize as dua ribu entah, as in i dunno in what year will i fully achieve semuanya)
1. kumpul duit untuk tambal gigi
2. tambal gigi rabbit yang menjadi aset utama dalam mengurat (it works i tell u!)
3. kerja lebih kuat.
4. kerja lebih kuat.
5. kerja lebih kuat.
6. jgn berbelanja on unnecessary stuff like baju, bag, knick knacks.
7. my trip pg tomei hari tu adalah trip TERAKHIR sehingga lah aku balik umrah.
8. kumpul duit lagi untuk persiapan umrah (baju kurung, ihram, belanja)
9. TIDAK BOLEH SELALU MAKAN SEDAP2 sebab itu mahal & membazir. membazir itu saubat syaitan.
10. berjimat on phone bill
11. pastikan tiap2 bulan bajet cukup untuk bayar ASB

daripada nombor 1 sampai 11 (aku yakin ada penambahan), it seems like mengecil lah ruang sosial ku jadinya bila semua yang di buat di kengkang kewangan. friends, aku tarik diri sebagai big spender. silakan penuhkan ruang kosong ku. makasi.

MasyaAllah. patutnya kita selalu bersyukur dan jgn terlalu berkira. Mudah2an di buka pintu rezeki dan rezeki yang ada skrang pula sentiasa berkah...insyaAllah makbul menjelang Maal Hijrah.

gigi ku sakit! bila lah dia mo berenti tumbuh ne, besar betul my wisdom ne sampai 1 tahun lebih masih belum stop meng'wisdom' kan diri. gusi ku kimut-kimut. aduiii...

money....does make the world go round....

harap kawan-kawan ku mau di bawa makan roti kosong lepas ne. Tuhan bantu aku, amin.

 
Blogger design by suckmylolly.com